Pada asasnya guru harus sedar bahawa terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang wujud dikalangan pelajar iaitu:
- Visual – suka belajar dengan melihat
- Audio – suka belajar dengan mendengar atau bercakap
- Kinestetik – suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu
Sebaliknya, Dunn & Dunn (1978) telah mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas yang kemudiannya diklasifikasikan kepada lima perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu:
- Alam sekitar (cerah -gelap; muzik – sunyi; formal – tidak formal; panas – sejuk)
- Emosi (berstruktur – tidak berstruktur; bermotivasi tinggi – tidak bermotivasi)
- Sosiologi ( Ingin belajar bersendirian – dalam pasangan/kumpulan)
- Fizikal (auditori; visual; taktual mobiliti tinggi – kurang bermobiliti)
- Psikologi (impulsif – reflektif; global -analitik)
Carl Jung turut menjelaskan bahawa terdapat empat gaya pembelajaran umum yang berkait rapat dengan faktor personaliti pelajar iaitu :
- Aktivis :Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan mempunyai daya inkuiri yang tinggi, aktif dan gemar memberi idea
- Reflektor : Gemar menganalisis data sebelum bertindak, banyak berfikir dan jarang bertindak spontan, sangat berhati-hati sehinggakan kelihatan pasif
- Teoris : Golongan yang bersifat objektif, merumus sesuatu berdasarkan hujah,fakta,bukti, analisis data dan logik
- Pragmatis : Gemar melakukan eksperimen dan mencuba idea, teori dan teknik serta memastikan kebolehgunaannya dalam kehidupan sebenar. Golongan ini berpendapat bahawa jika sesuatu itu berguna dan bermanfaat maka ia adalah baik.
No comments:
Post a Comment