Kenali Na.No

Assalamualaikum pembuka bicara...

Nama diberi Rozaini binti Abdul Hamid puteri sulung dari sembilan beradik pasangan Abdul Hamid bin Ismail dan Zainon binti Mat Zin. Dilahirkan pada tanggal 21hb Mei 1980 bersamaan 6 Rejab 1400 Hijrah di sebuah pekan Kota Bharu, Kelantan.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendek, Kota Bharu dan meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Mulong dan Maktab Sultan Ismail di Kota Bharu Kelantan.Kemudian melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menamatkan pegajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian pada tahun 2003.

Sejurus selepas itu saya diterima kerja sebagai admin di salah sebuah syarikat Mercedes Benzs di kota Bharu. Kemudian berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan di Kolej Negeri dan Kolej Legenda sebelum berkhimat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Bagi mendapatkan penyerapan tetap sebagai seorang guru saya ditawarkan tempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan iaitu Diploma Pendididikan Lepasan Ijazah (DPLI-GSTT)pada tahun ini bermula Februari 2012 dan akan berakhir Jun 2013.

Saya berharap dengan peluang ini saya dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dari pensyarah-pensyarah yang berpengalaman di UPSI untuk menjadikan saya seorang Guru yang berpengetahuan tinggi dan berkebolehan dalam mengharungi tugas saya sebagai GURU kelak. 

Memori seorang guru
"Aku hanya seorang guru yang pastinya sama dengan guru biasa yang lain. kerana duniaku dikeliling insan-insan yang pelbagai bangsa,agama dan keturunan.Duniaku bersama mereka walaupun pelbagai karenah dan ragam. mereka tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang GURU"




bawa peti dari melaka,
berisi pakaian si anak raja,
kalau hati sudah suka
semua indah sahaja..

Diputerikan pada 04 Ogos 1981 dengan nama Hazlina Mohd Sanitu. Menerima pendidikan awal di negeri Cik Siti Wan Kembang. Meneruskan Pengajian di UPM. Mendirikan mahligai bahagia bersama insan yang sangat memahami, Mohamad Haniff bin Hassan dan dikurniakan seorang cahaya mata Nur Auni (Cahaya Keamananku).

Seorang yang berjiwa romantis dan percaya bahawa usaha adalah tangga kejayaan.




Nama diberi NORAZURA. Anak kepada pasangan MUSA BIN SAID dan JAH BINTI MAT.Berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur dan menetap di Sg. Petani, Kedah.


Mendapat pendidikan awal dari Sekolah Rendah Ulu Luit,Maran Pahang dan meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Maran sehingga tingkatan lima. Pada tahun 2003, meneruskan pengajian dalam di tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran.Dua tahun berikutnya diterima masuk ke Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan dalam bidang Seni Halus.


Minat dan kecintaan terhadap binatang, seni dan dunia masakan. Gemar menonton tayangan filem di rumah bersama suami dan keluarga.Masa lapang dihabiskan dengan berkarya menggunakan media cat minyak ditemani si nakal Momo, kucingku..





Nor Makinah nama diberi oleh ayahanda dan bonda...Anak kepada pasangan Ismail Awang Ngah dan Sepiah Dollah. Merupakan seorang anak yang 'Heppy Go Lucky' suka membuat lawak jenaka dalam keluarga serta teman-teman.

Pencinta kepada haiwan...sangat menggemari kucing, jika tanpa mereka kesunyian lar hidup ini...
Suka kepada bidang seni...bersesuaian dengan jiwa 'gila-gila' tapi 'dalam hati ada taman'.

Memulakan pendidikan awal di Sek Kg Delima dan Sek Bunut Susu. Selepas itu meyambung pembelajaran ke Sek Men Bunut Susu dari tingkatan satu hingga lima...kemudian menyambung pelajaran ke tingkatan enam di Sek Men Tendong... Seterusnya mendapat peluang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Senireka di Universiti Malaysia Sarawak.

No comments:

Post a Comment