Keadilan dalam Pendidikan
Keadilan dalam Islam tidak terbatas tentang soal pemerintahan, kehakiman dan hukum hakam semata-mata. Ia sebenarnya mencakupi keseluruhan sudut kehidupan manusia tanpa sebarang pengecualian. Keadilan juga sebenarnya bermula daripada pendidikan. Pendidikan yang bersifat adil terhadap manusia dan sifat-sifat keinsanannya akan melahirkan pula manusia yang adil terhadap seluruh makhluk di alam ini. Konsep keadilan dalam pendidikan ialah mengajar dan mendidik para pelajar sesuai dengan kemampuan akal dan stail pembelajaran mereka. Abdullah Nasih Ulwan (1988) telah menyenaraikan beberapa hadith yang membuktikan Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang adil dalam menyampaikan ajaran Baginda. Sebuah hadith menyatakan; “Kami golongan para nabi, telah diperintahkan untuk berbicara kepada manusia menurut ukuran akal-akal mereka.” Beliau juga memetik sebuah hadith mauquf dari Sahih Al-Bukhari yang bermaksud; “Berbicaralah kepada manusia dengan apa yang boleh mereka mengerti. Apakah kamu mahu mereka mendustakan Allah dan RasulNya?.”
Teori Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan merupakan sesuatu kebolehan menguasai sesuatu perkara dengan cepat, dan memahami perkara yang kompleks. Terdapat pelbagai jenis kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang seperti kecerdasan bahasa, muzik, pergerakan, visualisasi dan lain-lain. Setiap individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Individu ini mempunyai kecenderungan untuk mengembangkan bakat atau kebolehan yang mereka perolehi sekoranya dilatih dan diasah dengan cara yang betul, Walau bagaimanapun, kecerdasan ini tidak akan menyerlah sekiranya ia tidak digilap atau dibiarkan mati tanpa tunjuk ajar yang seharusnya. Di negara kita, individu yang memiliki sesuatu kecerdasan jarang ditemui dan diiktiraf kemampuan mereka kerana kita tidak didedahkan dengan ilmu mengenai ilmu pintar cerdas. Secara amnya, terdapat tujuh jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh seseorang. Individu yang memiliki kecerdasan sesuatu bidang akan menunjukkan kecemerlangan dalam bidang tersebut. Penghargaan boleh dilakukan bagi menggalakkan perkembangan individu tersebut.
Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan kedalam teori ini.
Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Beliau telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Kecerdasan seseorang tidak semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner. Walaubagaimanapun, Gardner (2005), telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu ‘existential intelligent’ yang digelar oleh beliau sebagai ‘intelligence of big question’ . Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. kesembilan kecerdasan yang rendah dalam jenis kecerdasan yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga mereka yang yang mempunyai tahap kecerdasan dalam kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori kepelbagaian kecerdasan mempunyai perkaitan antara kecerdasan tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.
Jenis Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Kinestatik
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah mengeja. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari.

Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.

Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Kecerdasan Logik Matematik
Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Kemahiran yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik.
Kecerdasan Verbal Linguistik
Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. SMenurut Howard Gardner’s, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa aisng dengan baik dan fasih. Selain itu, seseorang yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai kelebihan dalam berbahasa dan sensitif kepada sesuatu perkara serta meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial.
Kecerdasan Visual Ruang
Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka. Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya.
Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti membuat lawatan dan sebagainya. Melalui penyiasatan praktikal seperti mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung.

Kecerdasan Muzik
Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stress. Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan irama. Menurut Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang didengari. Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sensitif kepada irama, pitch, melodi, nada suara, Kebolehan menilai setiap bunyi yang didengari menjadi satu anugerah apabila mereka mampu membawa genre muzik yang baru ke dalam industri hiburan tanah air.
Kecerdasan Eksistensialis
Menurut Suppiah et al (2009), kecerdasan eksitensialisis ini merupakan aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakkan individu yang memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persolan yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil pemerhatiannya terhadap persekitaranya. Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema.

No comments:
Post a Comment