Wednesday 2 May 2012

Pengenalan Cetakan

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.

Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. 
Sejarah seni cetakan bermula di China dengan cetakan blok kayu buatan tangan pada abad ke tujuh masihi China. Seterusnya perkembangannya bersambung ke negara-negara barat yang lain pada abad ke 14 masihi.
Kemahiran mencetak digunakan untuk tujuan cetakan bahan keagamaan, hiasan kulit buku, poster, propaganda dan bahan pendidikan.
Penggunaan warna dalam percetakan bermula pada akhir abad ke-15. Sejarahb percetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura bermula pada tahun 1949-an melalui Nanyang Academi. Rakyat Malaysia yang telah mempelajari seni cetakan ini telah mempelopori dan memperluaskannya.
Bermula pada tahun 1960-an seni cetakan telah dimasukkan dalam sukatan mata pelajaran Seni Lukis secara rasminya di institut perguruan seperti di Institut Perguruan Ilmu Khas.
Media
Seni Cetakan menggunakan pelbagai media seperti:
  • dakwat berasaskan air
  • dakwat berasaskan minyak
  • cat air
  • pastel minyak
  • pigmen yang padat dan larut dalam air ( crayon Caran D'Ache

Jenis Cetakan
Jenis Cetakan Klasik merangkumi:
  • cetakan timbul
  • cetakan benam
  • cetakan datar
  • cetakan stensil/sutera saring 























No comments:

Post a Comment