Monday 7 May 2012

KREATIVITI

Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.

Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;

”Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan….Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)



Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah;

a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.

c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.

i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman

ii) menikmati kehidupan yang dialami

iii) menghargai diri sendiri

iv) mengamalkan kebebasan

v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran

 Siti Hayati Hj Mohd Yusoff

No comments:

Post a Comment