Wednesday 25 April 2012


cerita untuk dikongsi...

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya.


        Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.  

Secara peribadi, dengan rendah hati saya memohon untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan guru mengenai lakaran sejarah tersendiri mengenai corak pembelajaran berpusatkan murid. Tahun 2011 memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membimbing 4 orang pelajar menyertai pertandingan Thinkquest peringkat Antarabangsa. Untuk makluman rakan-rakan, pertandingan ini merupakan satu bentuk pertandingan berasaskan “projek base learning” dimana para pelajar perlu melaksanakan projek tertentu dan guru bertindak sebagai fasilitator”.

Pertandingan Thinkquest ini merupakan anjuran dari Oracle Education Foundation. Penghasilan projek ini memerlukan kerjasama yang bersepadu seiring dengan perkembangan kemahiran berfikir secara kritikal, komunikasi dan kemahiran teknikal selaras dengan matlamat untuk mengenegahkan corak pembelajaran alaf 21. Topik yang kami ketengahkan dalam pertandingan ini adalah “cabaran dan daya saing usahawan wanita”.

Diperingkat permulaan kami mengadakan perbicangan awal bagaimana melaksanakan projek ini. Projek ini memerlukan pelajar membuat kajian terhadap usahawan dan melihat apakah cabaran dan bagaimana usahawan wanita ini mengharungi cabaran dalam memastikan kelestarian perniagaannya. Hasil dari temuramah, perbincangan dan rujukan it kami “post”kan di laman web thinkquest dan ianya akan diadili. Dengan kata lain,Thinkquest merupakan satu laman sosial seperti facebook, namun topik yang dibincangkan adalah berunsur ilmiah. Penghujung tahun 2011, saya menerima surat dari Mr Clare Dolan, Timbalan Pengerusi Oracle Corporate Citizenship yang beribu pejabat di Carlifornia. Beliau mengirimkan sijil penghargaan kerana mewakili Malaysia dalam pertandingan Thinkquest 2011 peringkat Antarabangsa.

Bercerita mengenai keseronokkan, memang ya jawapannya, walaupun bersengkang mata, tetapi sijil tersebut cukup mengembirakan dan membuka mata semua guru di sekolah saya, kerana seorang guru GSTT memasuki pertandingan di peringkat antarabangsa. Terima kasih kepada suami tersayang kerana sentiasa memberikan inspirasi kerana menyertai pertandingan ini adalah bermula dari kerjasama dengan beliau. Kejayaan bersama lebih bermakna kerana kami berkongsi pentas di dewan Perdana Leadership Foundation Putrajaya untuk menerima anugerah pertama Perdana Leadership Foundation National Level Education Projek Contest 2010 dari Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Muhammad pada 23 Jun 2010.

            Di atas kejayaan ini, ia pencetus inspirasi untuk saya meneruskan legasi tersendiri dalam menyertai prorok Thinkquest. Ia sangat menyeronokan, memberi manfaat kepada pelajar dalam semua aspek, baik dari pembentukan peribadi, motivasi, sosial, keyakinan dan pengukuhan ilmu.

No comments:

Post a Comment